Sunday, August 26, 2012

mariwana

legalize it. 

warnai perjalanan hidup
dengan warna warna yang gembira ceria dan aman
tenangkan hari rehat
dengan herba jamaika.

awam

sesak
penuh sesak

dibanjiri jutaan makhluk
ciptaan dan buatan
rekaan.
   
      kota ini tidak sunyi
      tidak pernah
      hanya untuk seketika
      tiada keletihan untuk
      beradu.

terminal pekeliling

jiwa

kaki dihayun kiri dan kanan
tidak berganjak walau sehasta
kedepan tidak kebelakang tidak

menggoncang kepala
bagai ada bisikan
arahan.


Monday, August 13, 2012

live

eat-pray-love

Sunday, August 12, 2012

ratilabi (rasa hati gila babi)

pergi kau belum pasti kembali,
aku relakan,
tidak membantah walaupun sepatah,
hanya iakan, anggukkan, turutkan.

adakah aku hamba,
hamba yang tidak bisa menetukan,
haluan, hala tuju dan arah kehadapan atau
kebelakang atau tetap saja disitu.

membiarkan sampan hati,
jauh
tetap dilubuk puaka,
tiada berteman,
tidak dihuni lagi.

Saturday, August 11, 2012

patriotlisme


apa yang dijanjikan.

orang kampong

berduyun duyun,
berarak berhimpun ramai,
sangat ramai.
ya, tersangatlah ramai

tua muda,
tiada sengketa.
ya, muafakat.
ditaburi wang bersama janji palsu.
ditipu diperdaya dan dipesongkan fikiran.

kini semua gembira, not not besar ditangan,
bersama hemper, paper beg dan makan makanan disaji.
kini semua kekenyangan.
lena dibuai janji janji.